" />

Khamis, 27 Mei 2010

Berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Selama seminggu, semua murid negeri Terengganu telah menjawab soalan peperiksaan OTI 2 2010. Diharapkan selepas ini, semua murid SKTR berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah. Selamat Berjaya kepada semua murid SKTR.

Ahad, 16 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah













Hari ini, seluruh negara meraikan sambutan hari guru. Di SKTR, sambutan yang diadakan amat meriah sekali pada tahun ini. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Selamat Sultan' dan Lagur Sekolah. Kemudian pula diikuti dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia', lagu tema hari guru dan ikrar guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah explorace, timbang bola takraw, memasukkan bola jaring dan aktiviti dewan. Semua guru membuat undian untuk bertukar-tukar hadiah sesama mereka sendiri. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan memberikan lagi inspirasi dan semangat kepada semua guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid.

Rabu, 12 Mei 2010

Perkhemahan Badan Beruniform di Pulau Redang












Pada minggu lepas 6 Mei hingga 7 Mei 2010, satu perkhemahan badan beruniform SKTR telah diadakan dengan jayanya di Pulau Redang. Seramai 52 orang murid dan beberapa orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut di pusat Kokurikulum. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti snorkling, jungle tracking, tracking ke paya bakau, melihat secara langsung kapal terbang mendarat dan pelbagai lagi. Semua murid ini dapat pengetahuan baru dalam melakukan aktiviti air terutamanya snorkling.