" />

Isnin, 24 September 2018

Semoga Berjaya


Selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada semua calon UPSR 2018. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi ketenangan pada murid-murid semua. All the best..

Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Anak-anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ahad, 23 September 2018

Majlis Restu Ilmu UPSR 2018

Tarikh          : 23 September 2018 (Ahad)
Masa            : 11.30 pagi
Tempat        : Dewan Terbuka SK Tok Randok
Penglibatan : Semua Guru / Pelajar
                       PIBG SK Tok Randok
                       Ibu bapa pelajar Tahun 6

Sudah menjadi acara rasmi sekolah, apabila menjelang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) maka murid-murid tahun 6 akan diraikan dalam satu majlis yang disebut "Majlis Restu Ilmu". Majlis ini turut dihadiri oleh sebahagian ibubapa kepada calon UPSR 2018.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Saidi bin Salleh.


Ucapan oleh wakil pelajar Tahun 6 Ainul Mardhiah binti Awang


Ucapan oleh wakil Persatuan IbuBapa dan Guru, Pn Hajah Saloma


PK Pentadbiran, Cikgu Lakowi bin Abdul Rashid membacakan Perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu sempena Peperiksaan UPSR 2018


Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Cikgu Mohd Rawi bin Rani @ Mohd Ghani. 


Beliau berpesan kepada murid-murid agar menjaga kesihatan diri masing-masing di saat-saat akhir ini kerana kesihatan amat penting bagi calon-calon UPSR. Beliau sangat-sangat berharap agar calon-calon UPSR dapat menghadapi peperiksaan dalam suasana yang tenang. Doa restu dari guru-guru dan ibubapa semoga semua calon-calon UPSR berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

Calon-calon UPSR bersalaman dengan guru dan mohon menghalalkan segala ilmu yang mereka pelajari.






Murid-murid bersalaman dengan ibubapa masing-masing yang hadir pada malis ini.




Pulut kuning yang diagihkan kepada semua murid dan ibubapa yang hadir



Pn. Hajah Saloma memberikan bunga telur kepada semua calon UPSR


Teruskan perjuangan dan hadapilah peperiksaan dengan penuh ketenangan. Kami semua mendoakan kejayaan anda.

"SELAMAT MAJU JAYA DAN BERILAH HADIAH SEBUAH KEJAYAAN BUAT IBUBAPA DAN GURU-GURU"  




Penutup Bulan Kemerdekaan

Tarikh    : 18 September 2018
Hari        : Selasa
Tempat   : Dewan Terbuka SK Tok Randok
Aktiviti    : Pertandingan mewarna
                  Pertandingan Basikal Berhias
                  Pertandingan Pakaian Beragam
                  Koir
                  Puisi Kemerdekaan
                  Sambutan Hari Lahir
                  Kuiz spontan

Pertandingan mewarna





Pertandingan basikal berhias




Pertandingan pakaian beragam











Anak Merdeka yang lahir pada 31 Ogos Adik Mohd Aidil bin Marhalim


Koir Kemerdekaan


Khamis, 13 September 2018

Program "Senangnya Matematik bersama Mahasiswa UiTM Dungun

Tarikh : 13 September 2018 (Khamis)
Tempat : UiTM Cawangan Terengganu, Dungun
Penglibatan : Semua pelajar Tahun 6