" />

Ahad, 26 Januari 2014

Hari Lahir Januari 2014

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada pelajar, guru dan kakitangan Sk Tok Randok yang lahir pada bulan Januari.

Penyampaian Hadiah Sambutan Maulidur Rasul

Perhimpunan pagi pada hari ini diselitkan dengan penyampaian hadiah untuk pelajar yang telah memenangi beberapa aktiviti yang diadakan pada hari sambutan Maulidur Rasul baru baru ini. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar iaitu Cg Marzilaini Bin Muhamad diiringi oleh PK KO iaitu Cg Nordin.Turut menerima hadiah adalah adik M. Syafik Bin Nawi kerana dilahirkan pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran nabi iaitu 12 Rabiul awal.

Gotong Royong Menceriakan Kawasan Sekolah

Pada hari Sabtu kelmarin, Sk Tok Randok telah mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Walaupun  hari berkenaan merupakan hari cuti am, namun ramai cikgu dan pekerja sekolah yang hadir bagi menjayakan aktiviti berkenaan. Murid tahap 2 juga dijemput untuk menyertai aktiviti gotong royong ini. Gotong royong pada hari tersbut lebih menumpukan untuk membersihkan dataran perhimpunan.

Indahnya Sambutan Maulidur Rasul

Syukur ke Hadrat Illahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita langsungkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah dengan penuh jayanya. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Khamis(23.1.2014). Majlis dimulakan pada jam 8.45 pagi dengan perarakan dari Sk Tok Randok mengelilingi Perumahan Tok Randok. Majlis lebih meriah kerana Guru Besar SK Tok Randok iaitu Cg Marzilaini Bin Muhamad turut serta dalam perarakan tersebut. Sepanjang perarakan tersebut, semua murid tidak berhenti berselawat ke atas Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Ustaz Saidi dan Cg Nur Iman mengetuai bacaan selawat. Antara aktiviti lain yang turut diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna, ceramah Maulidur Rasul, menjawab soalan dan persembahan murid.

Khamis, 23 Januari 2014

5 orang atlet Sk Tok Randok yang mewakili sekolah bersiap sedia untuk ke Sk Pasir Tinggi bagi bertanding dalam permainan ping pong. Semoga kemenangan menjadi milik Sk Tok Randok.
SKTR Boleh!!!

Selasa, 21 Januari 2014

Majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan 2014

Pada 21 Januari 2014, satu Majlis Penganugerahan Watikah 2014 untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT, ketua & penolong kelas telah diadakan di dewan terbuka SKTR. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan semua guru dan pelajar mengambil tempat sementara menunggu ketibaan tetamu jemputan iaitu Sarjan Puan Norma Binti Harun. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Saidi Bin Salleh, diikuti pula ucapan Guru Besar iaitu En Marzilaini Bin Muhamad. Selepas itu, Sarjan Puan Norma Binti Harun dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau banyak memberikan nasihat serta kata kata yang berguna kepada pelajar antaranya adalah mengenai salahlaku, undang-undang dan sikap. Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan kepada pelajar. Adik Muhammad Syakir Aiman B. Rashid telah dipilih Menjadi Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2014, manakala adik Nur Hafizatun Bt Harun Menjadi Penolong Pengawas Sekolah. Setelah selesai acara penyampaian watikah, bacaan ikrar pula diadakan. Majlis berakhir dengan sesi bergambar antara pengawas, guru dan polis.