" />

Ahad, 29 Disember 2013

Makluman Untuk Para Guru Sk Tok Randok

Mesyuarat Guru Bil 1 2014
Pada : 30.12.2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tok Randok


Makluman Lain

Pendaftaran Murid Pra, Murid Tahun 1 Dan Kembali Ke sekolah Untuk Murid Tahun 2 - 6 sesi 2014 akan diadakan pada 31.12.2013 (Selasa), jam 8.30 pagi dan bertempat di Sk Tok Randok.
Urusan berkaitan buku teks bagi semua murid juga diadakan pada tarikh seperti di atas di bilik Operasi SPBT SK Tok Randok. Untuk makluman juga, buku tulis dan lencana sekolah boleh dibeli di kedai operasi Sk Tok Randok
.

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Selamat Tahun Baru 2014 dan Selamat Kembali Mengajar diucapkan kepada para guru SK Tok Randok
Keputusan Upsr 2013 : 9 orang pelajar Sk Tok Randok telah berjaya mendapat 5A. Tahniah kepada pelajar tersebut. Kepada pelajar lain yang tidak berjaya mendapat 5A, diharap jangan kecewa dan teruskan usaha anda sehingga berjaya. Tak lupa juga kepada guru guru mahupun bekas guru SK Tok Randok yang telah bertungkus lumus mendidik pelajar ini sehingga mereka berjaya, tahniah dan terima kasih diucapkan.
Ibu bapa kepada pelajar yang mendapat 5A

Sebahagian daripada guru guru yang memberi tunjuk ajar kepada mereka