" />

Khamis, 24 Mei 2012

AJK Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah

SKTR telah dipilih sebagai AJK sambutan sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu.




Khamis, 17 Mei 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Bermula hari ini (17 Mei - 24 Mei 2012), semua murid sekolah rendah di negeri Terengganu menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Warga sekolah mengucapkan 'SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN'. Buat yang terbaik.




Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh 16 Mei adalah tarikh keramat bagi seseorang guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan hari guru peringkat SKTR disambut dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti diadakan seperti boling, sambut belon berair, bola buta dan acara pentas. Tambahan pula, ini kali pertama Guru Besar, Encik Mohd bin Ismail menyambut hari guru di SKTR. Pelbagai karenah dan persembahan guru-guru yang kreatif ini amat menghiburkan. Pada tahun ini, pihak sekolah juga telah menjemput Guru KAFA dan PIBG bagi menjayakan hari guru peringkat sekolah ini. Di samping itu, pertukaran hadiah antara guru-guru dan kakitangan berjalan seperti tahun-tahun yang lepas. Terima kasih cikgu dan SELAMAT HARI GURU diucapkan untuk semua warga SKTR.







Ahad, 13 Mei 2012

Penyampaian Hadiah & Perkongsian Ilmu

Penyampaian hadiah ini adalah untuk murid-murid tahun 6 semasa menghadiri Program Tunas Ilmu di Angullia Beach Resort, Marang. Seorang murid SKTR iaitu Haleena Shakira bt Ramlee telah berkongsi ilmu semasa mengikuti Perkhemahan Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan di Santubong, Sarawak pada 23 - 27 April 2012.

Jumaat, 11 Mei 2012

Program Tunas Ilmu UPSR

Program ini dijalankan di Angullia Beach Resort, Marang pada 9 - 11 Mei 2012 bagi murid-murid Tahun 6. Program ini merupakan satu program sekolah bersama-sama dengan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Seperti biasa seperti tahun-tahun lepas, murid-murid akan didedahkan dengan cara menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan baik dan cemerlang. Disamping itu, motivasi juga diterapkan ke dalam diri pelajar agar dapat menjadi seorang pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.