" />

Ahad, 29 Jun 2014

SK Tok Randok Terima Pengiktirafan SKK

Dengan rasminya, mulai pada hari ini SK Tok Randok dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tok Randok Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ini berikutan pengiktirafan yang telah diberikan pada Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8, disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Wan Khazanah Binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Putrajaya, 26 Jun 2014. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK Tok Randok di atas kejayaan ini.

Kem Kecemerlangan UPSR Dan Sahsiah Diri

Kem Kecemerlangan UPSR dan Sahsiah Diri telah berakhir dengan jayanya. Kem yang diadakan pada 25hb-27hb Jun 2014 bertempat di Anggulia Beach Resort, Marang ini disertai oleh 36 orang murid tahun 6 SK Tok Randok.

Isnin, 23 Jun 2014

Makluman

Kejohanan Sukan Sekolah SK Tok Randok akan diadakan bermula pada petang ini iaitu 23hb Jun 2014- 25hb Jun 2014.
Selamat bertukar diucapkan kepada Cg. Fatimah Bt Adam (PK Hem). Beliau akan bertugas di tempat baru beliau iaitu di SK Cheting. Salam kemaafan dari kami semua warga SKTR

Kursus Ladap Frog Vle

Pada hari Sabtu, 21hb Jun 2014 telah diadakan kursus LADAP untuk semua guru iaitu berkenaan Frog-VLE. Seramai 5 orang pegawai dari YTL Communication telah hadir sebagai fasilitator untuk kursus ini.

Rabu, 18 Jun 2014

Makluman

Pada hari Sabtu ini (21.06.2014) merupakan hari persekolahan bagi SK Tok Randok. Pada hari tersebut akan diadakan Kem Bestari Solat (Pengurusan Jenazah), manakala pada petangnya akan diadakan Kursus Frog-VLE untuk semua guru.

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014

Dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 6 SK Tok Randok akan bersama-sama mengikuti Program Motivasi Kecemerlangan UPSR yang dianjurkan oleh KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) Pekan Ajil dan JKKK Kampung Bukit Perah yang melibatkan empat buah sekolah rendah iaitu SK Ajil, SK Bukit Perah, SK Tok Randok dan SK Bukit Apit yang akan diadakan sebagaimana berikut :-

      Tarikh      :     22 Jun 2014 (Ahad)
      Masa       :     7.30 pagi - 1.00 tengahari
      Tempat    :     Dewan Sivik Ajil

Semua Ibu/Bapa/Penjaga murid Tahun 6 dijemput hadir pada jam 10.00 pagi bagi memeriahkan majlis ilmu tersebut di samping memberi sokongan kepada anak-anak kita agar memperolehi kecemerlangan dalam UPSR nanti.

Ujian Menghafaz Al-Quran

Ujian menghafaz Al-Quran yang dilakukan oleh Pihak Yayasan Islam Terengganu.

Majlis Pertukaran Cg Zarina

Satu majlis sempena pertukaran Cg Zarina telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan SK Tok Randok. Cg Zarina telah berkhidmat di SK Tok Randok sejak tahun 2002 iaitu dari sekolah ini mula dibuka. Kini beliau ditukarkan ke SK Ajil. Kami warga SKTR ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan budi baik kalian sepanjang berada di sini. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun perpisahan ini bukanlah untuk selamanya, ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi. Semoga Cg Zarina terus cemerlang di tempat baru.

Isnin, 2 Jun 2014

Kem Briged Bestari

5 orang pelajar SK Tok Randok telah dipilih untuk menyertai Kem Briged Bestari Peringkat Negeri Terengganu 2014 bertempat di BTPNT Marang pada 1-2 Jun 2014. Mereka adalah adik Nurul Irbah Izzati, Syaza Liyana, M. Syamil Zafri, Nur Aini Nazirah dan Nur Wafa diiringi oleh cikgu Briged Bestari SK Tok Randok iaitu Cg Nur Aishah Bt Hamdan. Dalam kem ini, SK Tok Randok telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan. Syabas diucapkan kepada pasukan Briged Bestari SKTR.