" />

SEJARAH

SK TOK RANDOK



          Sekolah Kebangsaan Tok Randok (SKTR) ditubuhkan pada 01 Jun 2002 yang didirikan kerajaan dengan keluasan tanah 4 hektar, di alamat 21800 Ajil, Hulu Terengganu. Terengganu Darul Iman. Terdiri dari seorang Guru Besar yang pertama bernama En. Alias bin Said, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan 5 orang Guru Penolong. Enrolmen pelajar seramai 129 orang (54 Lelaki dan 75 Perempuan) yang terdiri dari sebahagian dari murid sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil. Hulu Terengganu. Pada ketika itu semua pelajar berkenaan masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman sementara sekolah ini beroperasi sepenuhnya. 

         Beroperasi sepenuhnya pada 01 November 2002, dengan pertambahan seramai 11 orang lagi Guru Penolong termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum lantikan sekolah. dan pertambahan enrolmen pelajar seramai 84 orang (41 Lelaki dan 43 Perempuan) dari sekolah yang berhampiran yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan