Motivasi Pagi Untuk Pelajar Tahun 6 Yang Bakal Menduduki UPSR.
" />
Isnin, 21 April 2014
Khamis, 17 April 2014
Tempat Ke 3 Pertandingan Pantun Peringkat Daerah
Tahniah dan syabas kepada anak anak Sk Tok Randok yang mewakili sekolah dalam pertandingan pantun yang diadakan pada 16.4.2014 kelmarin bertempat di SMK TAI. Mereka yang bertanding adalah adik Syaza Liana, Noorwafa, Nor Aini, Irbah Izzati dan satu satunya peserta lelaki mewakili Sk Tok Randok iaitu adik Izzat. Tidak disangka sebenarnya pelajar Sk Tok Randok mempunyai bakat yang sangat hebat dalam berpantun. Walaupun kita di tempat ketiga, kita dipuji kerana kehebatan semasa menyampaikan pantun dari segi gaya, intonasi, dan ritma.Kita jadikan pertandingan ini sebagai satu pengalaman dan asas untuk kita merangkul kejuaraan pada tahun akan datang.Tahun depan kita buat yang lebih baik lagi.....
Ahad, 6 April 2014
Tahniah!!! Layak Terima Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2013
Alhamdulillah.... Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Tok Randok terutamanya Guru Besar kerana tersenarai dalam 32 orang penerima Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2013 (Bai'ah) di Negeri Terengganu. Bai'ah adalah penilaian ke atas Guru Besar / Pengetua dilakukan pada penghujung pusingan tahun penilaian semasa setelah keputusan UPSR diumumkan dan markah SKPM di isi ke dalam portal oleh Guru Besar. Guru Besar memainkan peranan penting dalam merancang,
menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mereka juga
memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan
dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di
luar bilik darjah. Walaupun anugerah ini untuk Guru Besar, namun bagi Guru Besar Sk Tok Randok iaitu Cg Marzilaini Bin Muhamad kejayaan ini adalah milik semua warga Sk Tok Randok kerana dari sokongan dan komitmen guru dan kakitanganlah yang membolehkan kejayaan ini dikecapi. Ini merupakan kali ketiga Sk Tok Randok menerima anugerah ini.
Selasa, 1 April 2014
Sarana Komuniti
Waktu Kokurikulum petang ini telah diisi dengan satu program yang sangat bermanfaat kepada pelajar iaitu gotong royong membersihkan Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok yang terletak berdekatan dengan sekolah. Gotong royong ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
Daripada Anas Bin Malik r.a Rasulullah
s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala ummahku
termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid.. Dan telah
dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang
paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat
yang telah dihafalnya"..
Isnin, 31 Mac 2014
![]() |
| Guru Besar memperkenalkan guru baru kepada murid murid |
Baru baru ini, Sk Tok Randok telah menerima seorang guru baru iaitu Cg
Muhammad Syafiq Ta Oo Bin Abdullah. Sebelum ini beliau bertugas di Sk
Menerong. Kami warga Sk Tok Randok mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Tok Randok kepada Cg Syafiq.
Rabu, 19 Mac 2014
Program Jalinan Kasih (Linus)
Langgan:
Catatan (Atom)

