" />

Isnin, 27 Jun 2011

Kem Motivasi UPSR 2011 Dun Ajil









Seramai 150 orang pelajar dari 16 buah sekolah rendah di DUN Ajil telah menyertai kem motivasi UPSR 2011 anjuran PPD Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama pejabat DUN Ajil. Kem ini telah diadakan di dewan terbuka SK Tok Randok. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid ADUN Ajil. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Shafruddin bin Hj Ali Hussin bersama dengan Timbalan Pengawai Pelajaran Daerah, Encik Khalid bin Mustafa turut hadir bagi menjayakan program ini. Penceramah jemputan, Encik Kamaruddin bin Kassim telah menyampaikan ceramah bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Diharapkan semua pelajar yang terlibat telah mendapat manfaat daripada motivasi yang telah disampaikan ini. Semoga calon-calon ini akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 nanti.

1 ulasan:

  1. Diharapkan agar para pelajar akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2011. InsyaAllah.

    BalasPadam