" />

Isnin, 20 Januari 2014

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana ia merupakan hari kelahiran Nabi yang jatuh pada Hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta. Oleh itu, bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang telah jatuh pada 14 Januari 2014 baru baru ini, SK Tok Randok juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di sekolah. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah pada pagi hari Isnin (20.01.2014) dengan bacaan selawat Maulidur Rasul yang dipimpin oleh Ustaz Saidi. Semoga dengan adanya sambutan ini, ia dapat mendidik pelajar agar sentiasa mengingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan