photo Banner UPSR 2015 copy_zps0fxjvbxg.jpg" />

Rabu, 28 Mei 2014

Menyingkap kejayaan SK Tok Randok
HULU TERENGGANU 15 Nov. - Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, Ajil dekat sini baru berusia lapan tahun dan sekolah gred B ini berkembang sebagai sebuah sekolah harapan bagi daerah ini.
Warga pendidik sekolah ini meletakkan visi untuk menjadikan SK Tok Randok sebagai sekolah contoh dari segi kecemerlangan akademik, sahsiah, keceriaan dan kokurikulum bagi daerah ini menjelang tahun ini.
Sebahagian besar telah dicapai dan diperlihatkan termasuk apabila ia dipilih sebagai sekolah bestari tunggal bagi daerah ini oleh Kementerian Pelajaran.
Ia berada di tangga kelima terbaik daripada 345 sekolah di negeri ini berasaskan peratusan pencapaian A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin.
Terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, sekolah itu menampung lebih 280 murid berlatarkan keluarga penduduk kampung yang berpendapatan sederhana dan miskin.
Dengan suasana pembelajaran yang kondusif, komitmen warga pendidiknya, sokongan padu para pemimpin setempat dan masyarakat maka soal lokasi dan taraf hidup ternyata bukan lagi alasan ia harus ketinggalan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.htm#ixzz32y5hOltF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan