" />

Ahad, 6 Julai 2014

Majlis Perpisahan Cg Rosmady

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Cg Rosmady bertugas sebagai guru di SK Tok Randok. Ini kerana beliau telah dinaikkan pangkat menjadi PK Ko di SK Getang. Cg Rosmady Bin Mohamed mula bertugas di SK Tok Randok pada 01.01.2006. Banyak jasa dan budi yang telah beliau berikan pada sekolah ini terutamanya dalam bidang bola baling sehingga SKTR dianugerahkan SKK kebitaraan bola baling. Kehilangan beliau ibarat kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Cg. Rosmady di atas kenaikan pangkat itu. Salam perpisahan dari kami semua warga SKTR.

1 ulasan: