" />

Ahad, 19 Oktober 2014

SK Tok Randok Johan Kategori Lelaki dan Perempuan

Pada hari Sabtu kelmarin, 18.10.2014 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling bawah 11 tahun Jemputan Daerah Hulu Terengganu yang dianjurkan oleh Sek Keb Tok Randok, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dalam pertandingan ini, bagi kategori lelaki Johan adalah SK Tok Randok, Naib Johan SK Ajil dan Tempat Ketiga adalah SK Bukit Diman. Manakala bagi kategori perempuan pula Johan adalah SK Tok Randok, Naib Johan SK Kuala Berang dan Tempat Ketiga SK Getang. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada sekolah yang telah menghantar pasukan Bola Baling sekolah mereka untuk menyertai kejohanan ini.

Pasukan Bola Baling perempuan SK Tok Randok
Pasukan Bola Baling lelaki SK Tok Randok
Majlis Penutup disempurnakan Oleh En Wan Mahadi dari Unit Ko PPDHT
Barisan 1-SK Tok Randok, barisan ke-2- SK Ajil, Barisan ke3- SK bukit Diman
Barisan 1- SK Tok Randok, barisan ke-2- SK Kuala Berang
Tahniah!!!SKTR Boleh!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan