" />

Rabu, 22 Julai 2015

Kunjungan Mesra Tuan Pengarah JPNT

Hari ini 22.07.2015, SK Tok Randok telah menerima kunjungan mesra dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin. Kunjungan Tuan Pengarah adalah untuk melawat murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. Murid Tahun 6 yang sedang mengikuti kelas tambahan terkejut apabila melihat Tuan Pengarah masuk ke dalam kelas. Semua murid Tahun 6 dikumpulkan di Bilik Mesyuarat untuk mendengar kata-kata motivasi dari Tuan Pengarah. Kami warga SK Tok Randok berasa sangat berbesar hati atas kunjungan ini. Semoga dengan kata kata motivasi yang telah diberikan dapat menyuntikkan lagi semangat pelajar SK Tok Randok untuk melakar kejayaan. Terima kasih kami ucapkan.
Tuan Pengarah melawat ke kelas Murid Tahun 6
yang sedang mengikuti kelas tambahan
Mendengar kata-kata motivasi dari Pengarah JPNT

Pemakaian Tag 5A kepada Murid target

Penyampaian hadiah atas pencapaian cemerlang
memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan baru baru ini.
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengarah
Yakin Boleh!! 5A!!
Pada masa yang sama,SK Tok Randok turut menerima
kunjungan raya dari BTPNT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan