" />

Selasa, 8 September 2015

Majlis Ramah Mesra Makmal Bahasa Antarabangsa

07.09.2015, SK Tok Randok
Memperkenalkan guru yang akan mengajar makmal bahasa
kepada YB
Pegawai PPDHT iaitu En. Jalaluddin Bin Ismail turut hadir
Dari kanan: Guru Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
Antara peserta yang akan menyertai Program Makmal Bahasa
Ucapan dari YB En. Ghazali Bin Taib
Ucapan perkenalan dari guru yang akan mengajar
Ucapan dari wakil Unisza

Lawatan Ke Kelas Makmal Bahasa
Wartawan sinar harian turut hadir membuat liputan

"Dua Sekolah Dipilih Perintis Projek Makmal Bahasa Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Bernama) - Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, Ajil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus dipilih sebagai perintis projek Makmal Bahasa Antarabangsa yang akan dilaksanakan kerajaan Terengganu September ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata makmal bahasa tersebut diwujudkan bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa asing dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Untuk permulaan, Bahasa Jepun, Mandarin dan Arab akan diajar di makmal tersebut yang mana kita bekerjasama dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk melaksanakan program ini dan kalau ada permintaan, kita juga akan memperkenalkan Bahasa Korea.

"Makmal bahasa ini akan dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat yang mana ia akan dilaksanakan pada waktu malam dibantu oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada guru tempatan dan tenaga pengajar UniSZA serta ia akan diuruskan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini Khamis.

"Kita mahu dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, rakyat di Terengganu mahir menggunakan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan ia juga akan memudahkan masyarakat berurusan dengan pelancong dari luar negara memandangkan Terengganu memang sudah menjadi tumpuan pelancong asing dari pelbagai negara," katanya. 

Petikan dari laman web http://www.bernama.com/ "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan