" />

Selasa, 3 April 2012

Jamuan SKTR di Primula Beach Resort


Jamuan ini adalah bersempena perpisahan Cg Alias bin Said bekas GB SKTR yang sudah bertukar ke SK Chendering, pertukaran Teacher Fauzah dan juga kedatangan GB SKTR yang baharu, Cg Mohd bin Ismail. Jamuan ini adalah kerjasama kelab guru SKTR.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Cg Alias, beliau berharap semua guru SKTR dapat berkerja sama dalam satu pasukan agar dapat menjadikan SKTR menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik. Ini sejajar dengan pencalonan SKTR sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)dan juga penganugerahan 'new deal' untuk kali yang kedua. Walau pun beliau telah meninggalkan SKTR, namun beliau masih lagi mengikuti segala berita-berita yang terdapat di SKTR. Beliau juga berharap agar guru-guru dapat berkerja sama dengan baik di bawah GB yang baharu iaitu Cg Mohd bin Ismail sama seperti beliau sebelum ini.

Tak lupa juga kepada guru-guru praktikum yang amat bertuah kerana mereka ditempatkan di SKTR. Diharapkan mereka dapat mencari peluang menimba seberapa banyak ilmu semasa berada di sini.

Kami warga SKTR sentiasa mendoakan agar Cg Alias bin Said dapat menjadikan SK Chendering sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik seperti beliau membangunkan SKTR ini sehingga dikenali ramai. Terima Kasih Cikgu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan