" />

Ahad, 9 Februari 2014

Cikgu Azmai Bertukar

Hari ini merupakan hari terakhir berada di SK Tok Randok bagi Cikgu Che Azmai Bin Talib, kerana beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidkan Daerah Hulu Terengganu bagi mengalas tanggungjawab yang lebih besar di sana. Telah banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan sepanjang beliau berkhidmat di SK Tok Randok iaitu selama 12 tahun, masa yang begitu panjang bagi seseorang guru berada di sesebuah sekolah. Sudah tentu dengan pemergian beliau itu, mamberikan sedikit impak kepada SK Tok Randok kerana beliau merupakan seorang guru pakar dalam Matematik. Namun begitu, yang pergi tetap pergi, kami warga SK Tok Randok akan meneruskan perjuangan kami untuk menaikkan lagi nama Sk Tok Randok agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Bersempena dengan pertukaran beliau itu, satu majlis perpisahan telah diadakan waktu perhimpunan pagi ini. Guru Besar mewakili semua guru dan kakitangan memberikan sedikit ucapan perpisahan kepada beliau dan memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang beliau berada di sini. Pemergian beliau diiringi oleh Guru Besar dan cikgu Penolong Kanan sehinngga ke pejabat baru beliau iaitu di PPDHT. Semoga Cikgu Azmai terus sukses walaupun di tempat baru. Salam Perpisahan dari kami semua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan