" />

Rabu, 19 Februari 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Zawanee

Salam perpisahan diucapkan kepada Cg Zawanee yang akan bertukar ke sekolah baru beliau di Sk Felda Tersat bagi mengisi jawatan PK Hem di sana . Hari ini merupakan hari terakhir beliau di sini. Oleh itu, satu majlis perpisahan telah diadakan di dewan sekolah bagi memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk bermaafan dan memberi hadiah kepada Cg Zawanee. Cg Zawanee mula bertugas di Sk Tok Randok pada Bulan 9 2013. Walaupun hanya sekejap beliau berada di Sk Tok Randok, telah banyak jasa dan perubahan yang telah beliau berikan di sini terutamanya dalam bidang sukan dan disiplin pelajar. Dari segi kecantikan sekolah juga telah banyak beliau lakukan pada sekolah. Turut diraikan Cg Ayu yang akan mengakhiri tugas beliau pada hari ini kerana menggantikan Pembantu Pra yang sedang bercuti bersalin. Salam perpisahan dari kami semua warga SKTR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan