photo Banner UPSR 2015 copy_zps0fxjvbxg.jpg" />

Isnin, 3 Februari 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-8

Kejohanan merentas desa SK Tok Randok kali ke 8 telah diadakan pada 30 Januari 2014. Aturcara dimulai dengan acara senamrobik bagi memanaskan badan peserta. Tepat jam 8.30 pagi, peserta merentas desa dilepaskan oleh Guru Besar. Peserta lelaki dilepaskan terlebih dahulu baru diikuti peserta perempuan. Acara merentas desa hanya disertai oleh pelajar Tahap 2, manakala pelajar Tahap 1 dikehendaki menyertai acara sukaneka yang diadakan selepas peserta merentas desa dilepaskan. Turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna dan melukis poster. Setelah dikumpul markah keseluruhan bagi semua acara, rumah Merah telah dinobatkan sebagai Johan, manakala rumah Kuning menduduki tempat kedua, biru tempat ketiga dan tempat keempat jatuh kepada rumah Hijau. Tahniah kepada semua pelajar yang menang dan kepada guru guru tahniah juga diucapkan kerana dengan usaha andalah kejohanan ini dapat diadakan dengan jayanya. Tidak ketinggalan kepada ibu bapa yang sudi hadir, terima kasih kami ucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan