" />

Isnin, 3 Februari 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada hari Sabtu, 1 Feb 2014 telah diadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 11, bertempat di dewan Sk Tok Randok. Mesyuarat agung ini adalah mesyuarat yang pertama diadakan pada tahun 2014. Ia dirasmikan oleh Yb En. Ghazali Bin Taib iaitu Exco Pendidikan Dan Tugas-tugas Khas, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil. Antara isi kandungan mesyuarat ini adalah melantik semula Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tok Randok bagi Tahun 2014 dan penyerahan cek. Penyampaian hadiah bagi murid yang mendapat 5A UPSR 2013 juga turut diadakan. Ramai ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beberapa cadangan dari ibu bapa juga telah diusulkan kepada pihak sekolah. Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini, ia dapat memberi kebaikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan